SwEEt_かわいい砂糖_hATi

Jumaat, 14 Disember 2012

Untuk tempahan..


Hai semua kawan-kawan blogger SWEET...maaflah sebab lama x update entry blog SWEET ini..SWEET sebuk cikit dengan kerja sukarelawan 

kat sini SWEET nk permot cikit untuk sesiapa yang ingin tempah lukisan potrat/vector boleh lah pergi ke facebook SWEET iaitu Ory Candy Dynasha....bawah ini ade beberapa contoh lukisan yang SWEET dah buat...harap adalah yang berminat...









siapa berminat jangan lupa PM saya ye....sekian terima kasih....


Isnin, 19 November 2012

berusaha tangga kejayaan..


Hai semua....dah lama jugak sweet x terjah blog sweet ni kan?...maaf lah ye kalau u all rase bosan msuk blog sweet ni sebab sweet tengah belajar untuk membuat vector...

ok yang bawah ini ade lah hasil vector sweet yang kali pertama...hehehhe sorry sbb sweet x pnadai sangat bab kaler-kaler ni...


ok yang ini ade lah vector kedua dari sweet...nampak kemas lah sikit kan?...
hehehhehehehehe...


yang ini vector yang ketiga dari sweet...semakin cantik x kaler die...?
hehehehhehehe


lepas ini sweet blh lah mulakan bisnes lukisan vector ini..harap u all suka dengan hasil tangan sweet ini...sekain terima kasih u all...sayang kamu semua..^_^

Isnin, 12 November 2012

Happy Deepavali






Hai semua rakan2 blogger sweet....hari ini sweet nk wish utk rakan2 sweet yg berkaum india...HAPPY DEEPAVALI.......hehehhehehehe tu je lah yg sweet nk ckp....
sekian saja dari sweet..^_^

Sabtu, 10 November 2012

Perkongsian Ilmu^_^





terlebih dahulu sy nk mntak maaf klau ade yg tersingung atau pun sakit hati dgn ape yg sy nk kongsi ini....sy tahu sy tidak sempurna tpi sy xnk bnde mcm ini berterusan....maaf ye kwn2

Soalan: Dr Asri, sekarang ini heboh isu keganasan. Persoalan saya, apakah hukumnya dalam Islam jika ada pihak yang membantah kerajaan orang islam yang zalim secara kekerasan. Apakah ini termasuk dalam jihad yang dip
erintahkan agama atau tidak. Tidakkah menentang kerajaan itu diharamkan oleh Islam?

Jawapan DR MAZA:

Saudara, banyak isu keganasan yang cuba dikaitkan dengan umat Islam atau tokoh-tokoh Islam adalah mainan jahat pihak-pihak tertentu. Mereka ini samada mempunyai agenda politik tertentu, ataupun berkerja bagi pihak musuh umat Islam bagi mencemarkan imej Islam. Sebahagian pihak menggunakan isu ini untuk tujuan politik seperti menghapuskan gerakan Islam yang dilihat mengancam kedudukan politik mereka. Namun begitu, tidak dinafikan kemungkinan ada sesetengah kelompok yang telah salah tindakan dalam hal ini sehingga mencetuskan keganasan. Berhubung dengan pendekatan keras terhadap pemerintah yang zalim dan menyeleweng, maka ini fahami perkara berikut;

1. Perkara asas dalam hal ini boleh difahami daripada ingatan Nabi s.a.w.:
“Akan dilantik para pemimpin yang kamu setujui (kebaikan sebahagian perbuatan mereka) dan kamu akan membantah (kejahatan sebahagian perbuatan mereka). Sesiapa yang membenci (perbuatan munkar) maka dia terlepas (dari dosa), sesiapa yang membantah maka dia selamat (dari dosa), namun (yang berdosa) sesiapa yang redha dan menuruti (perbuatan munkar)”. Sahabah bertanya: “Tidakkah boleh kami perangi mereka?” Jawab baginda: “Tidak! selagi mana mereka bersolat”(Riwayat Muslim).
2. Daripada hadis di atas dapat kita fahami bahawa bertegas dalam membenci dan membantah kemungkaran dan kezaliman pemerintah itu adalah tuntutan agama. Namun, Nabi s.a.w tidak membenarkan rakyat memerangi pemerintah muslim dengan senjata selagi mereka itu bersolat. Solat menjadi petunjuk bahawa pemerintah tersebut masih berpegang dengan ajaran Islam dalam kehidupan. Keluar memerangi pemerintah dengan senjata hanya akan menimbulkan kerosakan yang lebih besar.
3. Juga, perhitungan tindakan dalam Islam adalah di sudut kadar manfaat dan mudarat. Menumpaskan pemerintah zalim dengan senjata biasanya mengundang mudarat yang jauh lebih bahaya dibandingkan manfaat yang hendak dicapai. Sebab itu al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) menyebut:
“kata ulama: alasan seseorang pemerintah tidak dipecat, atau pengharaman memeranginya kerana menyebab fitnah, penumpahan darah dan kerosakan yang nyata” (al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim 12/40)
4. Juga, kebencian atau bantahan terhadap kemungkaran pemerintah tidak membolehkan rakyat menderhakai mereka dalam perkara yang baik atau makruf. Ini seperti yang ditegaskan oleh hadis. Sabda Nabi:
“Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang kamu cintai mereka dan mereka mencintai kamu, kamu mendoakan mereka, mereka mendoakan kamu. Pemimpin yang jahat ialah pemimpin yang kamu benci mereka, mereka juga membenci kamu dan kamu melaknat mereka, mereka juga melaknati kamu”. Baginda ditanya: “Tidak bolehkah kami perangi mereka dengan pedang?” Jawab baginda: “Tidak, selagi mana mereka mendirikan solat. Ingatlah, sesiapa yang seseorang penguasa berkuasa ke atasnya, lalu dia dapati penguasa itu melakukan maksiat kepada Allah, maka hendaklah dia membenci maksiat tersebut namun jangan dia mencabut tangan dari ketaatan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
5. Ini kerana setiap pemerintah mungkin akan ada kesilapan atau dosa yang dilakukan. Jika setiap kali pemerintah bersalah atau melakukan dosa diperangi dengan senjata, maka hancurlah keamanan masyarakat dan negara. Maka justeru itu, kita menentang kemungkaran pemerintah, tetapi tidak akan memeranginya dengan senjata.
6. Ini kerana antara tujuan berpolitik dalam Islam adalah menegakkan keadilan, keamanan dan hak rakyat. Peperangan saudara dalam negara hanya akan menghancurkan perkara-perkara tersebut.
7. Arahan pemerintah yang zalim atau mungkar dalam perkara-perkara kebaikan tetap wajib ditaati. Kata al-Khattabi (meninggal 388H):
“Sesungguhnya jihad itu wajib sekalipun bersama dengan pemerintah yang zalim, sepertimana ia wajib bersama pemerintah yang adil. Kezaliman mereka tidak menggugurkan kewajipan mentaati mereka dalam persoalan jihad. Demikian juga dalam perkara kebaikan yang lain yang menyamainya” (al-Khattabi, Ma‘alim al-Sunan, 2/ 357.)
Pendapat ini bersesuaian dengan sabda Nabi s.a.w :
“Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
8. Sekalipun kita dilarang memerang pemerintah dengan senjata, tetapi kita tetap disuruh untuk menasihati mereka dan mencegah kemunkaran mereka dengan perkataan atau perbuatan yang tidak menyebabkan pertumpahan darah seperti undi dalam pilihanraya. RasuluLah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Allah meredhai kamu tiga perkara, dan memurkai kamu tiga perkara. Dia meredhai kamu jika (pertama) kamu beribadah kepadaNya dan tidak menyekutukanNya sedikitpun, (kedua) kamu berpegang teguh dengan tali Allah kesemuanya. (ketiga) Kamu menasihati sesiapa yang Allah jadikan dia memerintah urusan kamu. Dia memurkai kamu banyak bercakap (yang tiada faedah), menghilangkan harta dan banyak bertanya (Riwayat Malik).
Juga sabda Nabi s.a.w:
“Sebaik-baik jihad ialah perkataan yang adil –dalam riwayat yang lain: yang benar- di sisi pemerintah yang zalim, atau ketua yang zalim”. (Riwayat al-Nasai, al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).
9. Nabi s.a.w juga memberi amaran kepada sesiapa yang mengampu atau mengiyakan kezaliman pemerintah dengan sabda baginda:
“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga). Riwayat Ahmad, al-Nasai, dan al-Tirmidhi. Hadith ini sahih seperti yang dinilai oleh al-Albani.
10. Pengkaji politik Islam tidak boleh terlalu literalist. Politik bukanlah ibadah khususiah seperti solat dan puasa yang tidak boleh diubah tambah. Politik soal pentadbiran dan kaedah untuk menegakkan keadilan dan keamanan dalam kehidupan rakyat berdasarkan prinsip-prinsip umum Islam. Kaedah membantah atau menukar pemerintahan berbeza-beza berdasarkan sistem yang dipakai. Para ulama dahulu mengharamkan menumbangkan sesuatu pemerintah atas alasan bimbangkan penumpahan darah.
Namun, dalam dunia hari ini sesebuah pemerintah mungkin boleh diubah atau ditukar, atau ditumbang tanpa memerlukan penumpahan darah seperti dalam sistem demokrasi pilihanraya. Maka dengan itu penyertaan parti-parti politik dalam demokrasi pilihanraya tidak boleh dianggap sebagai melanggar kaedah Islam atau sebagai keganasan kerana sistem tersebut tidak sepatutnya menumpahkan darah.

copy-cAT dari blog minda tajdid....

Khamis, 8 November 2012

HaDir WajAh bAru


Hai semua blogger yg sweet sayangi...hari ni blog sweet berwajah baru...alhamdulilah ini je termampu edit tpi ni pun di sebabkan jasa baik CCI tolong ajar sweet^_^ terima kasih^_^



harap kawan semua suke singgah ke blog sweet lpas ini^^_....terima ksih semua^_^

Selasa, 30 Oktober 2012

art work^_^


ASSALAMUALAIKUM DAN SATU MALAYSIA..








hai semua warga blogger...hari ini sy nk kongsikan cikit hasil keje sy yang baru sahaja sy belajar...harap semua boleh memberikan komen kepada sweet ye....sweet x pandai sangat utk bercerita...^_^

selamat menjamu mata^_^

Khamis, 25 Oktober 2012

Salam Aidil ADha..

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA.


HAI KAWAN2 BLOGGER....esok dah masuk Hari Raya Aidil Adha....mcm mne dengan persiapan semua msti meriahkan.....sweet nk mohon maaf jika ade salah dan silap^_^
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA^_^

Rabu, 17 Oktober 2012

YoGA Yooo

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1MALAYSIA.





Hai semua blogger....sape yang suke cari ketenangan jiwa melalui YOGA ye....kadang2 sweet pun suke jgk layan YOGA kalau blur atau pun serabut dan sewaktu dengan-NYe...hehhehehe^_^

Rabu, 10 Oktober 2012

LaYAn JiWa


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA.


HAI semua....hari ni sweet kebosanan sangat..dalam kebosanan ni sweet saje lah on MP3 fon sweet...sekali lagu anak kampung plak yang kuar ape lagi layan je lah...tapi sweet suke sangat lagu teman pengganti yang black nyanyi..jom layan sama2 dgn sweet...


bawah ni ade lirik lagu teman pengganti..jom layan....


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti



Khamis, 4 Oktober 2012

kESuNYiAn


ASSALAMUALAIKUM...


kenapa dalam dunia ini ramai manusia yang mahu memcari kawan mesti memilih rupa,darjat dan mcm2 lagi ye.....lagi satu manusia kenapa kite perlu bercakap pasal kelemahan seseorang insan..bukankah kite di dunia ini semua sama sahaja..semua ada kelebihan dan kekurangan dalam diri...sweet hulurkan tangan jika apa yang sweet berkatakan ini ada yang terasa hati atau pun sakit hati...sweet x ada niat pun...sbb diri sweet mmang ada kelemahan...sweet harap kawan lah dengan semua orang yang anda kenal dan jangan lah bercakap pasal kelemahan seseorang kawan itu...^_^(v)...



Isnin, 1 Oktober 2012

"CONTEST BLOG SIAPA YANG KAWAII TU?"

ASSALAMUALAIKUM..^_^







Mai mai singgah ke blog sweet yang x berapa nk sweet ini^_^...
setelah sekian lama tidak join mana2 contest akhirnya ari ini sweet dapat lah join 

KEpeNatAN

ASSALAMUALAINKUM....SALAM 1 MALAYSIA...


HAI SEMUA...Mesti ramai yang pening kepalakan setiap kali edit blog.Termasuk lah saya sendiri dah lah x berapa reti nak edit tpi gatai nak edit jugak sekarang sendiri yang pening kepala...Kalau mula2 kawan2 blogger masuk blog saya ini mesti kamu semua ingat banyak doodle or kartoon pompuan kan....hehehhe blog ini nama je sweet gula hati tapi saya telah ubah sedikit menjadikan sweet ini adelah seorg doodle or kartoon laki...harap kamu semua suka singgah dan koman dalam blog saya ini....DENGAN INI SAYA HENDAK MERASMIKAN DAN MEMPERKENALKAN DIRI SAYA ADELAH SWEET^_^....Sekian terima kasih sebab sudi singgah ke blog sweet ini^_^

Rabu, 26 September 2012

blog sweet dahhhhh siappppppp


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA.
Hari ini dengan BiSmillahirrahmanirrahim saya ingin merasmikan blog SWEET GULA HATI saya yang telah siap di ubahsuai.Harap anda semua tidak bosan dengan blog naru saya ini^_^

Selasa, 25 September 2012

Saya Pulang







ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1MALAYSIA.
Hai warga Blogger...maaf sebab dah lama sangat saya tidak update entry dan hias blog saya ini kan....msti awk semua bosan singgah blog saya...tpi mulai hari ini blog sy telah di berubah harap awk smue tidak bosan utk singgah lagi ke blog sy.....^_^

Isnin, 10 September 2012

kad lahir untuk my sister..


ASSALAMUALAIKUM.....Hai warga blogger...lamanye sy x update entry blog sy... ramai yang bosan singgah blog sy....maaf lah ye....ape2 pun ari ini sy nk pun sy nk update kad hari lahir untuk my sister cci..

Ahad, 13 Mei 2012

promot penting

  • Assalamualaikum Salam Sejahtera
    Salam 1 Hasrat 1 Semangat 1 Tekad
    dan Salam 1Malaysia..

    PENGUMUMAN PENTING KEPADA BEKAS PELATIH KEM PLKN TEGAS MESRA

    Dari Komandan, Staf Pengurusan dan Jurulatih-jurulatih kami ingin mengajak semua bekas Pelatih Kem PLKN Tegas Mesra, Kelab Alumni Tegas Mesra dan ahli Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) untuk menyertai Program Khidmat Komuniti Kumpulan 2 Siri 9/2012 Kem PLKN Tegas Mesra. Penyertaan bekas Wira dan Wirawati Kem PLKN Tegas Mesra amat dialu-alukan

Khamis, 10 Mei 2012

baju WeLoveArt

salam kwn2 blogger sy....dah lama jugak sy x update entry kan....hari ni sy nk update tntang baju group WeLoveArts....
ini lah die bajunye......
............
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,\,,,,,,,,,,,,,,,,,,
,,,,,,,,,,,,,,,,,



yg mne suke sgt melukis tu join lah group ini....best....hehhehe...promot sikit^_^

Rabu, 25 April 2012

jom kita meriahkan


HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012 PUTRAJAYA - SEMUA DI JEMPUT HADIR

DIJEMPUT SAUDARA/SAUDARI
BELIA-BELIA
BEKAS PLKN
ALUMUNI
BRIGED SUKARELAWAN KHIDMAT NEGARA

KE -


HIMPUNAN JUTAAN JUTAAN BELIA
PADA
23-27 MEI 2012
PUTRAJAYA
"KUASAI BELIA"

MARI KITE SEMUA BERHIMPUN DI SANA
 

Selasa, 24 April 2012

jom daFTAR


klik ini UNTUK DAFTAR menyertai BRIGDE SUKARELAWAN KHIDMAT NEGARA (BSKN)

MARI SEMUA JADI BSKN 1 MALAYISA
SERTAI 
BSKN BERDAFTAR


TAHU DI MANA NAK MENDAFTAR
BSKN 

daftar di sini
http://www.khidmatnegara.gov.my/?p=8515
http://www.khidmatnegara.gov.my/?p=8515
http://www.khidmatnegara.gov.my/?p=8515


TENTUNYA ANDA INGIN MENJADI SLAH SEORANG BSKN YANG BERDAFTAR
SEGERA DAFTAR klik link di atas

Rabu, 18 April 2012

Contest Doodle Glider

SALAM SEMUA.....hari ini sy ade join contest yg di anjur kan oleh MERAH ITU JAMBU.....harap die suke lah dgn hasil doodle dari sy ini yg x seberapa nk comel ni........
....................
.,,,,,,,,,,,
..................
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
,..............
,,,,,,,,,,,,,,,,,
,,,,,,,,,,,,,,,,
ini lah hasil dari saya....selamat melihat....
...................

ok x.....??????

Khamis, 29 Mac 2012

jualan keychain limited

salam smue blogger....disini saya ade bt jualan keychain limited yg anda x akan jmpe di mana2 kedai dgn corak yg limited ini......ade yg berminat blh lah PM ke facebook saya iaitu
  ory candy dynasha.....dibawah ini ade contoh keychain yg saya buat....sila lah lihat^_^


ini satu je...klau anda berminat nk bt tempahan blh lah layari facebook sy utk tgk byk lagi contoh dan pilih kartoon^_^....

Ahad, 25 Mac 2012

hasil karya terbaru pye^_^

salam hai smue.....terlebih dahulu sy nk mntak maaf sbb lame sgt sy x bt entry baru msti rmai yg bosan kan msuk blog sy entry sme je...^_^
dengan ini sy ingin brkongsi entry yg trbaru utk sekian lama sunyi...kat sini sy nk kongsi karya seni sy harap ade lah yg nk kongsi pdgan dan komen yeeee....?^_^

























macam mana ok x karya seni saya ini...harap ade lah yg nk komen^_^

 
Love to Design Ory.Candy. All Right Reserved To sweet.